BARISAN PENGAWAS SEDIA BERKHIDMAT

BARISAN PENGAWAS SEDIA BERKHIDMAT

BARISAN PENGAWAS 2010

BARISAN PENGAWAS 2010

Monday, February 8, 2010

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2010




CHIEF INSPEKTOR AZHAR MOHAMAD SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN

Pada 31 Januari 2010 yang lalu,telah dilaksanakan Majlis Pelantikan Pengawas bagi tahun 2010.Seramai 88 orang pengawas secara rasminya telah dilantik untuk menjadi pembantu guru di dalam melaksanakan peraturan sekolah. Majlis ini telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh Yang dihormati Chief Inspektor Azhar bin Mohamad Ketua Polis Balai Kubang Kerian mewakili Ketua Polis Daerah Kota Bharu. Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh Yang Berusaha Encik Ismail bin Ibrahim (Guru Besar),diikuti ucapan perasmian oleh Ketua Polis Balai Kubang Kerian Chief Inspektor Azhar bin Mohamad,penyampaian watikah kepada Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas,penyampaian watikah pengawas PSS,penyampaian watikah pengawas sekolah dan diakhiri dengan lafaz ikrar oleh semua pengawas sekolah. Semuga dengan pelantikan ini akan memberi semangat kepada semua pengawas untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan.




















Sunday, February 7, 2010

SALAM DARIPADA BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS

Assalamualaikum wbh........

Pada hari ini 7 Februari 2010 terbinalah blog Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah SKSM. Terima kasih kepada Cikgu Haji Nik Azhar ( Blogger SKSM ) kerana memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada saya bagi pembinaan blog ini. Dengan adanya blog ini, diharapkan akan memberi info kepada murid-murid berkaitan dengan peraturan dan undang-undang SKSM.

Salam daripada kami.